Sunday 2 December 2012

Pergerakan Bumi

Pergerakan Bumi

Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:

  1. Putaran Bumi
  2. Peredaran Bumi

Rajah 1: Putaran dan peredaran Bumi. Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari



Info:

  • Pergerakan bumi: Putaran bumi pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.
  • Putaran bumi: Pergerakan bumi dari barat ke timur.
  • Peredaran bumi: Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.

Putaran Bumi
  • Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.
  • Putaran bumi dari barat ke timur
  • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
  • Satu putaran mengambil masa 24 jam.

Rajah 2: Kutub Utara dan Kutub Selatan

No comments:

Post a Comment