Sunday 2 December 2012

Kesan Peredaran Bumi

Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana
  • Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
  • Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
  • Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
  • Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.
a) Gerhana Bulan
  • Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
  • Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
  • Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.
  • Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.


Rajah 5: Kejadian Gerhana Bulan


Rajah 6: Fasa Gerhana Bulan


b) Gerhana Matahari
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi
  • Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

Rajah 7: Kejadian Gerhana Matahari


Rajah 8: Gerhana Matahari

No comments:

Post a Comment