Kesan Peredaran
Bumi
1.
Gerhana
- Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
- Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
- Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
- Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.
a) Gerhana
Bulan
- Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
- Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
- Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.
- Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.
No comments:
Post a Comment